8 Dis 2011

Kreatif sungguh gambar Aaron Aziz yang dilukis oleh peminat beliau


                       
                                                               Dilukis oleh peminat beliau

Nama pelakon Aaron Aziz masa kini amat popular dan diminati ramai oleh peminat beliau.Sampai yang ada melukis gambar beliau dan pelukis tersebut amat berbakat dan kreatif.

SMS HIV DALAM MINUMAN PEPSI DAN COKE PALSU

Berita SMS Minuman Tin Pepsi Dan Coke Tercemar Darah HIV Palsu

Isu penyebaran SMS secara meluas yang menyeru pengguna supaya tidak mengambil minuman seperti Pepsi, Tropicana, 7up dan beberapa minuman lain kerana mempunyai campuran darah yang dijangkiti penyakit HIV adalah palsu



Naib Presiden Pemasaran Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan, berkata ada individu yang cuba menyebarkan SMS palsu itu tanpa usul periksa.

Perkara itu dipercayai ditulis dalam sebuah laman web dari luar negara pada Julai lalu mengenai insiden darah HIV kononnya sengaja dicampurkan dalam minuman popular dan maklumat tidak dipercayai rakyat negara itu sendiri.

sumber: HMetro

Sinopsis KL GANGSTER 2 PREQUEL - Arahan Syamsul Yusof




Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.

Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.

Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

GAMBAR BANGLO KHAIRUL FAHMI HADIAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN



                                                                                                   
GAMBAR BANGLO KHAIRUL FAHMI HADIAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN | Kerajaan Negeri Kelantan ingin menghadiahkan sebuah banglo kepada Khairul Fahmi Che Mat dimana ianya telah siap dibina.
Banglo tersebut merupakan penghargaan dari kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu.
Mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi.
Tetapi komitmen oleh kedua-dua pihak menyebabkan kesukaran memilih masa yang sesuai untuk majlis penyerahan banglo tersebut.




assalamualaikum,blog ini masih baru lagi direka oleh saya.harap anda semua berpuas hati tentang blog saya ini